Tuesday, July 27, 2010

Kesopanan dan kesusilaan

  • Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka mempunyai cara hidup, kebudayaan dan kepercayaan yang terdiri.
  • Sikap tolak ansur, bertimbang rasa, bersopan santun dan saling memahamiamaln hidup kaum lain adalah sangat penting bagi menjamin hubungan yang harmoni dan mesra.
  • Setiap orang dan setiap golongan hendaklah mengurus hal masing masing dengan cara tidak melanggar tatasusila.
  • Sebuah masyarakat yang mempunyai sifat sifat baik ialah masyarakat yang kukuh ciri ciri moral dan etikannya.
  • Ini merupakan asas yang baik bagi pembentukan negara yang sihat dan maju dalam segi seperti sosial, politik, ekonomi, perpaduan negara dan kesepaduan bangsa.

Kedaulatan undang undang

  • Prinsip yang keempat menjelaskan ketinggian undang undang. Segala keadilan adalah berasaskan kedulatang undang undang.
  • Undang undang menjaminkan keadilan dalam masyarakat iaitu setiap orang adalah bertaraf sama di sisi undang undang tanpa mengira keturunan kaum, agama atau adat resam.
  • Oleh yang demikian, undang undang negara perlu di patuhi dan tiada sesiapa pun yang boleh mengatasi undang undang termasuk Yang di-pertuan Agong.
  • Kedulatan undang undang mrnjamin keadilan dalam pemerintahan dan pentabiran negara bagi mewujudkan negara yang aman dan makmur. Akibatnya semua lapisan masyarakat akan menikmati kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan kekayaan ekonomi.

Wednesday, July 21, 2010

Keluhuran perlembagaan

  • Istilah perlembangaan adalah sangat luas dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia seperti kebbebasan diri, agama, kewargaanegaraan, badan badan pemerintah, perundang, kehakiman dan lain lain.
  • Perlembagaan Persekutuan adlah Undang undang tertinggi yang memberi seseorang warganegara hak hak asasi dan keistimewaan tertentu.Menurut perlembagaan setiap rakyat mempunyai tangungjawab dan kewajipan terttentu terhadap bansa dan negara.
  • Rakyat mesti menghormati dan menyanjung perlembagaan tanpa perasaan ragu ragu atau syak wasangka.
  • Setiap orang di Malaysia harus mengamalkan prinsip Keluhuran Perlembagaan untuk menentukan kedamain dan kesentosaan negara serta masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Monday, July 19, 2010

kesetiaan kepada raja dan negara

  • Sistem pemerintahan negara Malaysia ialah Raja berperlembagaan yang diketuai oleh Yang di-pertuan Agong.
  • Baginda adalah lambang negara dan simbol perpaduan rakyat. Baginda memerintah negara dengan bijaksana untuk memastikan bahawa rakyatnya dapat hidup sempurna dan negara mencapai kedudukan yang membanggakan dalam arena dunia.
  • Sebagai balasan, setiap warga negara hendaklah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi dan benar benar jujur kepada Yang di-pertuan Agong dan negara.
  • Kesetiaan ini berupaya melahirkan kerjasama antara rakyat dan kerajaan supaya mereka mereka boleh berganding bahu untuk membangun dan memajukan negara.

Saturday, July 17, 2010

Maksud Prinsip prinsip rukun negara

Kepercayaan kepada tuhan
  • Semua rakyat mesti percaya kepada tuhan dan mengakuri kuasanya. Bangsa dan negara telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
  • Prinsip ini adalah amat penting dalam pembentukan sebuah negara yang stabil, harmoni dan mengamalkan undang undang yang tidak bercanggah dengan nilai nilai ketuhanan.
  • Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi rakyat bebas menganuti agama agama lain.
  • Kesemua ajaran agama menyeru penganut penganutnyasupaya mengamalkan kehidupan yang positif, mempunyai sifat sifat mulia dan peribadi yang baik seperti saling bantu membantu dan hormat menghormati.
  • Apabila rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama, mereka akan rasa bersyukur dengan kemakmuran, keamanan dan kekayaan negara yang mereka kecapi.

Prinsip rukun negara

  • Rukun Negara Malaysia mengandungi lima prinsip penting iaitu:

a) kepercayaan kepada tuhan

b) kesetiaan kepada raja dan negara

c) keluhuran perlembagaan

d) kedaulatan undang undang

e) kesopanan dan kesusilaan

  • Kelima lima prinsip tersebut mempuunyai maksud tertentu selaras dengan cita cita dan hasrat Rukun Negara untuk memupuk perpaduan kebangsaan.
  • Ikrar Rukun Negara sering kali dilafazkan semasa perhimpunan rasmi, perhimpunan sekolah atau majlis majlis kebesaran untuk menyedarkan kita akan kepentingan dan menanam semangat kesepaduan yang kuat di hati setiap warga Malaysia

Masyrakat progresif

  • Malaysia progesif merupakan masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi tetapi tidak bercanggah dengan nilai nilai ketuhanan.
  • Mereka adalh insan yang berpandangan jauh dan mempunyai daya cipta yang tinggi untuk memeperbaiki taraf hidup masyarakat dan negara.
  • Cita cita ini hanya dapat dicapai jika setiap orang peka kepada dunia sains dan teknologi serta sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan.
  • Segala yang dipelajari melalui buku, majalh, televisyen atau pengalaman harus dipraktikan untuk memanfaatkan teknolgi dan menyumbang ke arah pembinaan sebuah negara perindustrian selaras dengan wawasan 2020.