Friday, July 16, 2010

Cita cita dan Hasrat Rukun Negara

  • Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan negara kita yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang Di-Pertuan Agong.

  • Ia di gubal oleh Jabatan Perpaduan Negara pada tahun 1969.

  • Maksud ideologi kebangsaan ialah satu susunan prinsip dan kepercayaan yang menjadi panduan hidup rakyat sesebuah negara. Ia adalah perlu untuk membina masyarakat Malaysia yang berindentiti sama, taat kepada Ketua Negara dan mempunyai semangat cintakan tanahair.

  • Cita cita dan hasrat negara untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif akan tercapai jika setiap warga memahamidan menghayati setiap cita cita.

No comments:

Post a Comment