Friday, July 16, 2010

B. Pengisytiharan Kemerdekaan

Selepas rundingan kemerdekaan berjaya di London, Rombongan Merdeka telah pulang ke tanah air. Mereka disambut dengan penuh gemilang.

Pada 20 Februari 1956 di Padang Merdeka Bandar Hili, Melaka, Tunku Abdul Rahman selaku ketua.

Rombongan Merdeka mengumumkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara.

Pada 30 Ogos 1957, tepat puku 12.00 tengah malam, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Penurun bendera Union Jack menandakan berakhirnya penjajahan British di negara kita. Pengibaran bendera Perekutuan Tanah Melayu melambangkan kebebasan sebuah negara merdeka yang berdaulat.

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah diadakan upacara perisytiharan kemerdekaan. Dalam upacara tersebut, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri telah membaca periytiharan kemerdekaan. Kemudian, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan seruan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali yang diikuti oleh laungan rakyat jelata. Rakyat daripada segenap lapian berasa bangga kerana negara bebas daripada penjajahan.

No comments:

Post a Comment