Tuesday, July 27, 2010

Kesopanan dan kesusilaan

  • Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka mempunyai cara hidup, kebudayaan dan kepercayaan yang terdiri.
  • Sikap tolak ansur, bertimbang rasa, bersopan santun dan saling memahamiamaln hidup kaum lain adalah sangat penting bagi menjamin hubungan yang harmoni dan mesra.
  • Setiap orang dan setiap golongan hendaklah mengurus hal masing masing dengan cara tidak melanggar tatasusila.
  • Sebuah masyarakat yang mempunyai sifat sifat baik ialah masyarakat yang kukuh ciri ciri moral dan etikannya.
  • Ini merupakan asas yang baik bagi pembentukan negara yang sihat dan maju dalam segi seperti sosial, politik, ekonomi, perpaduan negara dan kesepaduan bangsa.

Kedaulatan undang undang

  • Prinsip yang keempat menjelaskan ketinggian undang undang. Segala keadilan adalah berasaskan kedulatang undang undang.
  • Undang undang menjaminkan keadilan dalam masyarakat iaitu setiap orang adalah bertaraf sama di sisi undang undang tanpa mengira keturunan kaum, agama atau adat resam.
  • Oleh yang demikian, undang undang negara perlu di patuhi dan tiada sesiapa pun yang boleh mengatasi undang undang termasuk Yang di-pertuan Agong.
  • Kedulatan undang undang mrnjamin keadilan dalam pemerintahan dan pentabiran negara bagi mewujudkan negara yang aman dan makmur. Akibatnya semua lapisan masyarakat akan menikmati kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan kekayaan ekonomi.

Wednesday, July 21, 2010

Keluhuran perlembagaan

  • Istilah perlembangaan adalah sangat luas dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia seperti kebbebasan diri, agama, kewargaanegaraan, badan badan pemerintah, perundang, kehakiman dan lain lain.
  • Perlembagaan Persekutuan adlah Undang undang tertinggi yang memberi seseorang warganegara hak hak asasi dan keistimewaan tertentu.Menurut perlembagaan setiap rakyat mempunyai tangungjawab dan kewajipan terttentu terhadap bansa dan negara.
  • Rakyat mesti menghormati dan menyanjung perlembagaan tanpa perasaan ragu ragu atau syak wasangka.
  • Setiap orang di Malaysia harus mengamalkan prinsip Keluhuran Perlembagaan untuk menentukan kedamain dan kesentosaan negara serta masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Monday, July 19, 2010

kesetiaan kepada raja dan negara

  • Sistem pemerintahan negara Malaysia ialah Raja berperlembagaan yang diketuai oleh Yang di-pertuan Agong.
  • Baginda adalah lambang negara dan simbol perpaduan rakyat. Baginda memerintah negara dengan bijaksana untuk memastikan bahawa rakyatnya dapat hidup sempurna dan negara mencapai kedudukan yang membanggakan dalam arena dunia.
  • Sebagai balasan, setiap warga negara hendaklah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi dan benar benar jujur kepada Yang di-pertuan Agong dan negara.
  • Kesetiaan ini berupaya melahirkan kerjasama antara rakyat dan kerajaan supaya mereka mereka boleh berganding bahu untuk membangun dan memajukan negara.

Saturday, July 17, 2010

Maksud Prinsip prinsip rukun negara

Kepercayaan kepada tuhan
  • Semua rakyat mesti percaya kepada tuhan dan mengakuri kuasanya. Bangsa dan negara telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
  • Prinsip ini adalah amat penting dalam pembentukan sebuah negara yang stabil, harmoni dan mengamalkan undang undang yang tidak bercanggah dengan nilai nilai ketuhanan.
  • Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi rakyat bebas menganuti agama agama lain.
  • Kesemua ajaran agama menyeru penganut penganutnyasupaya mengamalkan kehidupan yang positif, mempunyai sifat sifat mulia dan peribadi yang baik seperti saling bantu membantu dan hormat menghormati.
  • Apabila rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama, mereka akan rasa bersyukur dengan kemakmuran, keamanan dan kekayaan negara yang mereka kecapi.

Prinsip rukun negara

  • Rukun Negara Malaysia mengandungi lima prinsip penting iaitu:

a) kepercayaan kepada tuhan

b) kesetiaan kepada raja dan negara

c) keluhuran perlembagaan

d) kedaulatan undang undang

e) kesopanan dan kesusilaan

  • Kelima lima prinsip tersebut mempuunyai maksud tertentu selaras dengan cita cita dan hasrat Rukun Negara untuk memupuk perpaduan kebangsaan.
  • Ikrar Rukun Negara sering kali dilafazkan semasa perhimpunan rasmi, perhimpunan sekolah atau majlis majlis kebesaran untuk menyedarkan kita akan kepentingan dan menanam semangat kesepaduan yang kuat di hati setiap warga Malaysia

Masyrakat progresif

  • Malaysia progesif merupakan masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi tetapi tidak bercanggah dengan nilai nilai ketuhanan.
  • Mereka adalh insan yang berpandangan jauh dan mempunyai daya cipta yang tinggi untuk memeperbaiki taraf hidup masyarakat dan negara.
  • Cita cita ini hanya dapat dicapai jika setiap orang peka kepada dunia sains dan teknologi serta sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan.
  • Segala yang dipelajari melalui buku, majalh, televisyen atau pengalaman harus dipraktikan untuk memanfaatkan teknolgi dan menyumbang ke arah pembinaan sebuah negara perindustrian selaras dengan wawasan 2020.

Masyarakat liberal

  • Di Malaysia setiap warganegara bebas mengamalkan agama, adat resam dan cara hidup masing masing tanpa mengabaikan perpaduan negara.
  • Negara kita mempunyai masyarakat majmuk dan boleh membantyu ke arah pembentuk satu bangsa dan negara yang mempunyai kebudayaan nasional yang tersendiri dan unik.
  • Oleh itu, satuidentiti bangsa dan negara yang mencerminkan keperibadian Malaysia secara keseluruhan akan wujud. Pencapain ini boleh menaikkan imej Malaysia dan menjadikan sebuah negara yang disegani di kalangan masyarakat dunia.

Masyarakat Adil

  • Cita cita ini mempunyai harapan bahawa setiap rakyat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan dan pembangunan negara.
  • Mereka hidup bersama dengan mengongsi hak dan keadilanyang sama.
  • Walaupun setiap kaum berasal dari rumpun bansa yang berbeza tetapi mereka adalah sama di sisi undang undang.
  • Dengan adanya masyarakat yang adil, semua orang akan berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menyumbang terhadap kemajuan negara

Masyarakat Demokratik

  • Masyarakat Malaysia memelihara cara hidup demokratik iaitu kehidupan yang berbeza tetapi tidak melanggar undang-undang dalam Perlembagaan rakyat Persekutuan.

  • Setiap lapisan masyarakat berhak mendapat kebebasan hak asasi, bebas untuk bergerak, bercakap, berhimpun dan sebagainya.

  • Kuasa untuk memilih kerajaan yang bertindak melalui Parlimen terletak di tanagn rakyat. Proses ini dijalankan melalui pilihan raya.

  • Pihak yang memerintah atau mentabir negara dipandu oleh perlembangaan dan hendaklah menjalankan tugas dengan adil dan beramanah.

  • Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dipelihara.

  • Masyarakat demokratik ialah masysrakat yang seia sekata dan berkerjasama demi kepentingan bangsa dan negara.

Friday, July 16, 2010

Negara Bersatu

  • i) Perpaduan yang kebih erat di kalangan masyarakat adalah pentinguntuk menjaimn kan hidup yang sejahtera da setiap warga berpeluang untuk merasai kemajuan negara.



  • Ini akan melahirkan sebuah negara dari bangsa yang anggota masyarakat mengaggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, agama atau adat resam yang berbeza.



  • Semangat bersatu padu akan memudahkan integrasi antara wilayah-wilayah dan golongan etnik. Oleh itu usaha kerajaan untuk membina dan membangunkan negara akan mendapat sokongan padu rakyat Malaysia

Cita cita dan Hasrat Rukun Negara

  • Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan negara kita yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang Di-Pertuan Agong.

  • Ia di gubal oleh Jabatan Perpaduan Negara pada tahun 1969.

  • Maksud ideologi kebangsaan ialah satu susunan prinsip dan kepercayaan yang menjadi panduan hidup rakyat sesebuah negara. Ia adalah perlu untuk membina masyarakat Malaysia yang berindentiti sama, taat kepada Ketua Negara dan mempunyai semangat cintakan tanahair.

  • Cita cita dan hasrat negara untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif akan tercapai jika setiap warga memahamidan menghayati setiap cita cita.

B. Pengisytiharan Kemerdekaan

Selepas rundingan kemerdekaan berjaya di London, Rombongan Merdeka telah pulang ke tanah air. Mereka disambut dengan penuh gemilang.

Pada 20 Februari 1956 di Padang Merdeka Bandar Hili, Melaka, Tunku Abdul Rahman selaku ketua.

Rombongan Merdeka mengumumkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara.

Pada 30 Ogos 1957, tepat puku 12.00 tengah malam, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Penurun bendera Union Jack menandakan berakhirnya penjajahan British di negara kita. Pengibaran bendera Perekutuan Tanah Melayu melambangkan kebebasan sebuah negara merdeka yang berdaulat.

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah diadakan upacara perisytiharan kemerdekaan. Dalam upacara tersebut, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri telah membaca periytiharan kemerdekaan. Kemudian, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan seruan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali yang diikuti oleh laungan rakyat jelata. Rakyat daripada segenap lapian berasa bangga kerana negara bebas daripada penjajahan.

Graph rombongan

  • 1956 Perjanjian London
  • British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu

  • 1956 Rombongan Merdeka ke London

  • Rombongan ini terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman

  • 1955 Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan

  • Kemenangan Parti Perikatan dan pembentukkan kerajaan.
  • Rundingan kemrdekaan Parti Perikatan dengan pihak British

  • 1951-1954 Pilihan Raya Majlis Bandaran dan Negeri

  • Memberikan peluang kepada penduduk memilih calon dan parti yang menjalankan pentadbiran di peringkat Majlis Bandaran dan Negeri

  • 1949 Jawatankuasa Hubungan antara kaum

  • Mencapai perpaduan kaum dan menjalinkan kerjasama dalam kalangan pemimpin dan rakyat berbilang kaum untuk mencapai kemerdekaan

Rombongan Merdeka 1956

Selepas kemenagan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya 1955, sebuah kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman mengetuai Rombongan Merdeka bagi membincankan Kemerdekaan negara British pada tahun 1956 di London

Kepentingan Pilihan Raya 1955

i) Rakyat diberi hak menentukan kerajaan yang akan mentadbir negara.
ii) Pilihan raya membuktikan wujudnya perpaduan dan kerjasama antara kaum. Setiap kaum berperanan dalam mntadbiran negara.
iii) Kemenangan Parti Perikatan membolehkan rundingan kemerdekaan diadakan dengan pihak British.
iv) Pemimpin Parti Perikatan dapat merangka perlembagaan negara. Perlembangaan merupakan undang-undang tertinggi negara yang menjadi rujukan kepada kerajaan

Pilihan Raya 1955

Pilihan raya 1955 telah diadakan untuk memilih wakil rakyat bagi Majlis Perundangan Persekutuan. Bagi menghadapi pilihan raya ini, parti UMNO , MCA dan MIC telah bersatu dengan membentuk Parti Perikatan.
Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingan. Satu lagi kerusi telah dimenangi oleh Parti Islam Se-Malay.

Agama,kepercayaan dan budaya kaum

Rakyat negara kita mengamalkan pelbagai agama, kepercayaan dan budaya.

  • Umat Islam sedang bersembahyang di masjid.
  • Kaum Cina mempersembahkan tarian singa semasa menyambut Tahun Baru Cina.
  • Kuam Idia yang beragama Hindu sedang melakukan aktiviti keagamaan pada hari Thaipusam

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Para pemimpin pelbagai kaum telah bersetuju menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan negara. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dirangka pada Tahun 1956 telah meletakkan bahasa Melayu sebagai bahsa Kebangsaan.
Walaupun begitu, bahasa lain boleh digunakan san dipelajari.

Kerjasama antara kaum

Para Pemimpin Tanah Melayu menyedari bahawa perpaduan antara kaum adalah penting untuk mendapatkan mkemerdekaan daripada British.
Jawatankuasa Hubungan antara kaum telah dibentuk.Para pemimpin Melayu,Cina dan India bersepakat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara kaum.Hasilnya, perpaduan seluruh rakyat dapat dibentuk melalui penggunaan bahasa Melayu.Rundingan kemerdekaan pula dapat diadakan dengan pihak British

A. Ke arah kemerdekaan

Selepas Perang Dunia Kedua tamat,iaitu pada tahun 1945 , British telah kembali menjajah Tanah Melayu. Namun,para pemimpin Tanah Melayu telah bersatu berjuang menentang penjajah British. Mereka telah bersatu dan berjuang mendapatkan kemerdekaan negara